JAKIM, ITC bekerjasama pacu pelancongan patuh syariah

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bekerjasama dengan Pusat Pelancongan Islam (ITC) bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, (MOTAC), bagi memulihkan industri pelancongan negara melalui program serta aktiviti pelancongan patuh syariah.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh, berkata inisiatif itu adalah tindakan tepat dalam usaha memulihkan semula industri pelancongan negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Katanya, industri pelancongan negara merupakan antara pemangkin utama penjanaan ekonomi serta pendapatan kepada kerajaan dan masyarakat.

Beliau berkata, Malaysia memang terkenal dengan industri pelancongan Islam, malah masjid di negara ini seperti Masjid Putrajaya, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Masjid Negara dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, menjadi antara tarikan kepada pelancong bukan Islam dari luar nega

“Ia bukan saja membuka peluang ekonomi, malah ruang dan peluang untuk memperkenalkan Islam yang bersifat sederhana serta tidak ekstrem,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara JAKIM dengan ITC bagi melaksanakan kerjasama pembangunan modul Diploma Pelancongan Islam dan aktiviti pelancongan patuh syariah, yang berlangsung secara maya, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Dr Noor Zari Hamat, dan Ketua Pengarah ITC, Datuk Dr Mohmed Razip Hasan.

Program pelancongan itu dibangunkan JAKIM menerusi Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) secara kerjasama dengan MOTAC.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, pihaknya gembira kerana pelbagai pihak sentiasa berusaha memartabatkan syariat dan syiar Islam dalam pelbagai aspek kehidupan.

Beliau berkata, pihaknya mahu mendidik masyarakat untuk menghayati dan memahami bahawa Islam adalah bersifat syumul.

Malah, katanya, setiap tindak-tanduk serta pekerjaan yang membawa kepada mentaati perintah Allah SWT, termasuk dari segi pelancongan, juga adalah ibadah.

Sementara itu, Noor Zari berkata, pemeteraian MoU berkenaan merupakan antara usaha murni bagi membangunkan modal insan dan memperkasakan program serta kurikulum berkaitan pelancongan Islam, pada peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) yang perlu disokong dan dimanfaatkan.

Katanya, inisiatif IPDAS itu berpotensi besar untuk membangun dan melahirkan modal insan berkebolehan serta berpengetahuan dalam bidang pelancongan Islam dan mesra Muslim.

Beliau berkata, sektor pelancongan pula boleh mengguna pakai pengetahuan dan kepakaran IPDAS dalam usaha membangunkan industri, sekali gus membantu memajukan ekonomi negara.

“Segmen pelancongan Islam mempunyai potensi sangat besar, dan Malaysia diiktiraf sebagai Destinasi Percutian Mesra Muslim terbaik melalui Master Card-Crescentrating Global Muslim Travel Index (GMTI) ketika pelancaran Sidang Kemuncak Global Halal in Travel 2021 pada 14 Julai lalu,” katanya. -Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts