Jangan biarkan liberalisme hancurkan Islam

ust-hazizi

 

Liberalisme ini merupakan fahaman yang tercipta di Barat, dalam suasana kekecamukan pertembungan antara gereja dan sains pada penghujung zaman kegelapan mereka. Ekstrimisme gereja Katholik yang beraksi sebagai wakil Tuhan bersama Raja, mencetuskan tindak balas ekstrim juga, iaitu fahaman liberal sekular.

Liberalisme ialah fahaman yang mengutamakan kebebasan individu mengatasi tuntutan agama dan membataskan kuasa kerajaan. Agama di sisi liberalisme hanyalah soal peribadi dan setiap individu bebas menafsirkan agama mengikut pandangan masing-masing.

Oleh itu, kerajaan tidak boleh menguatkuasakan apa-apa undang-undang keagamaan ke atas rakyat, di sisi fahaman sesat ini.

Jika kita ambil liberalisme sebagai fahaman, bermakna tiada lagi undang-undang yang boleh mengawal umat Islam daripada melakukan kesalahan mencela agama sendiri, meminum arak, berzina, bersekedudukan, mengamalkan ajaran sesat atas nama Islam dan bermacam-macam lagi perbuatan yang dikira suatu kesalahan di sisi agama kita.

Bayangkan jika itu berlaku, anak remaja anda yang sudah berusia 18 tahun bebas membawa balik pasangannya tanpa nikah ke dalam bilik. Bebas di sini bererti perbuatan itu dibuat terang-terangan tanpa ada sesiapa yang boleh menghalangnya, kerana yang demikian itu mengganggu kebebasan individu.

(Di Barat, zina difilemkan dan menjadi produk paling laris. Semuanya kerana keagungan kebebasan individu di sisi liberalisme yang mereka junjung)

Jika ibu bapa menghalang, mereka boleh didakwa kerana menghalang kebebasan individu yang merupakan tunjang kepada liberalisme. Hanya satu sahaja yang boleh dilakukan iaitu menghalau anak itu keluar rumah. Akhirnya institusi keluarga hancur seperti di Barat sejak sekian lama.

Mana-mana individu, NGO mahupun parti politik yang memperjuangkan liberalisme dan mahu ianya dijadikan pegangan masyarakat Islam di negara ini mestilah ditentang habis-habisan. Ini bukan isu politik kepartian. Ini isu agama Islam. Ini mengenai jati diri dan identiti bagi individu muslim, keluarga, masyarakat dan negaranya.

Yahudi berjaya menghancurkan agama masyarakat Barat, jangan biarkan mereka buat perkara yang sama kepada masyarakat Islam di negara ini khususnya.

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman
ustazhazizi.wordpress.com

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts