home Semasa Jangan putus asa menentang kezaliman

Jangan putus asa menentang kezaliman

 

1. Allah memberikan ketenangan kepada Rasulullah yang sedih melihat kezaliman yang dilakukan oleh Qurasyh terhadap umat Islam. Lalu Allah menurunkan ayat:

وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).” (Surah Ibrahim: 42)

2. Perhatikan dalam sejarah bagaimana Allah membinasakan kaum-kaum yang zalim. Mereka dimusnahkan dengan elemen-elemen nampak kecil sahaja. Firaun tewas ditenggelami air, Namrud mati disebabkan nyamuk, Qarun ditimbus tanah dan pakatan tentera Ahzab bertempiaran lari disebabkan angin.

3. Begitulah sunnah kaum yang zalim. Allah berupaya memusnahkan mereka dengan sekecil-kecil makhluk. Namun Allah mendidik RasulNya agar bersabar dan terus berjuang mempertahankan hak orang yang dizalimi.

4. Ketika keluarga Yasir dan Sumayyah dizalimi, Rasulullah hanya mampu memberikan kata-kata doa dan semangat yang positif sahaja, menjanjikan syurga buat mereka. Namun setelah belasan tahun kemudian, jihad diperintahkan dan perjuangan mula melalui fasa bersenjata.

5. Begitulah lumrah perjuangan. Yang paling utama adalah usaha yang kita laksanakan untuk membantu saudara kita yang dizalimi biar pun cuma sedikit.Setiap usaha kita akan dinilai oleh Allah inshAllah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *