Jangan tangguh wirid harian Al-Quran

 

SEORANG hamba mesti memastikan hidupnya hanya semata-mata untuk memenuhi tuntutan ubudiyyah kepada Allah SWT.

Bagaimana? Dengan memahami kehendak Allah SWT melalui wahyu Al-Quran dan panduan daripada hadis Rasulullah SAW.

Jauhnya manusia daripada dua sumber ini menjadikannya hilang arah dalam hidup. Lalu, dia dilalaikan dengan memenuhi kehendak nafsunya yang tak pernah pudar.

Sesiapa yang sentiasa berdamping dengan Al-Quran, nescaya Al-Quran akan menemaninya ketika berseorangan, menguatkannya ketika fitnah, menenangkannya ketika ujian, menyembuhkannya ketika lemah, dan memimpinnya ke syurga.

Janganlah menangguhkan wirid harian Al-Quran kerana jika kita bermalasan pada hari ini, lagi berat untuk membacanya pada keesokan hari. Begitulah syaitan menjauhkan kita daripada Al-Quran sehingga lama kelamaan kita meninggalkan terus Al-Quran tanpa disedari.

Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts