Jangan wujud spekulasi DUN Kelantan lulus hukuman sebat: Zahid Hamidi

 

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu mana-mana pihak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kelulusan pelaksanaan enakmen syariah yang memperuntukkan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Kelantan.

Menegaskan perkara itu, beliau berkata, perkara itu hanya membabitkan umat slam di negeri berkenaan semata-mata dan tidak merangkumi masyarakat bukan Islam.

“Kita perlu melihat perkara ini dalam konteks ia hanya membabitkan orang Islam, di negeri berkenaan sahaja dan tidak membabitkan orang bukan Islam.

“Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mempunyai hak berbuat demikian kerana memiliki suara majoriti dalam dewan berkenaan,” katanya sebelum berlepas pulang ke ibu negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), di sini sebentar tadi selepas mengadakan lawatan kerja ke Sri Aman.

Semalam, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

Pindaan itu dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaa’kub kemudiannya mengumumkan kelulusan RUU itu selepas disokong sebulat suara oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN). – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts