Jemaah haji ke Arafah esok

 

MAKKAH – Lebih dua juta umat Islam seluruh dunia akan bergerak ke Arafah esok bagi menghadapi kemuncak haji, hari wukuf yang dijadualkan pada Khamis.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya telah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan operasi Masyair bermula esok hingga 4 September (13 Zulhijah).

Masyair ialah kawasan bermulanya kerja ibadah haji di luar kota Mekah iaitu berwukuf di Arafah, singgah atau bermalam di Mudzalifah dan melontar di Mina sebelum jemaah haji kembali ke Mekah untuk tawaf, sai dan tahlul.

Untuk perjalan esok katanya, sebanyak 20 bas dengan tiga pengiliran perjalanan bagi setiap maktab akan digerakkan seawal pukul 9 pagi, dengan keseluruhan melibatkan 280 bas membabitkan 14 maktab dengan jumlah keseluruhan 840 perjalanan.

Kesemua jemaah haji Malaysia dijangka berada di Arafah lewat tengah malam esok.

Jelas beliau, pergerakan bas jemaah haji Malaysia itu akan dipantau dengan menggunakan sistem Bravo dan aplikasi Hajj-Mobiliti melalui telefon pintar. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts