Jenazah Dr Fadi Albatsh dibawa pulang ke Gaza esok

 

BANGI – Jenazah imam Palestin, Dr Fadi M R Albatsh Fatma akan dibawa pulang ke Gaza esok, selepas selesai beberapa urusan.

Adik lelaki Dr Fadi, Dr Rami Albatsh berada di perkarangan Unit Forensik Hospital Selayang (HS), Gombak pagi ini.

Turut sama, rakan Allahyarham Dr Abdul Rahim memberitahu pemberita, mereka hadir bagi menyerahkan beberapa dokumen untuk menuntut mayat Dr Fadi.

Katanya, jenazah Dr Fadi dijangka dibawa pulang ke Palestin pada esok hari.

Jelas beliau, mereka perlu melakukan beberapa prosedur lain yang mengambil masa satu hingga dua hari termasuk mendapatkan kebenaran membawa keluar jenazah dari negara ini.

“Hari ini kami datang untuk menyerahkan beberapa dokumen kepada pihak HS. Kami jangka paling cepat esok hari jenazah di bawa pulang ke Gaza, kerana beberapa urusan mengambil masa lama termasuk urusan penerbangan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi Sabtu, mangsa yang juga bekerja sebagai pensyarah ditembak mati ketika berjalan ke surau di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak, untuk menunaikan solat Subuh.

Dr Fadi adalah jurutera Palestin dan terbabit dalam pergerakan pejuang Hamas.

Imam Palestin itu Fadi pernah menetap di Jabalia, utara Semenanjung Gaza sebelum berhijrah ke Malaysia pada 2011 dan bekerja sebagai pensyarah di UniKL BMI. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts