Jordan kutuk rancangan Israel bina lif hubung Kota Lama-Tembok Buraq

 

KAHERAH– Kementerian Luar Negeri Jordan mengutuk keputusan negara tidak diiktiraf Israel untuk membina sebuah lif yang menghubungkan bahagian Kota Lama di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dengan Tembok Buraq, sebahagian Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita Wafa.

Jurucakap kementerian, Daifallah Al-Fayez mengesahkan penolakan Jordan terhadap semua tindakan unilateral Israel di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, yang ditekankannya dirancang untuk mengubah identiti dan watak Baitulmaqdis.

“Kerajaan menolak semua tindakan sepihak Israel di Baitulmaqdis Timur yang diduduki di Kota Lama di sekitar Masjid Al Aqsa/Al Haram Al Sharif, termasuk projek ini yang mengubah sifat Kota Lama serta identiti Arabnya.

“Bahkan melanggar undang-undang antarabangsa dan keputusan Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO),” katanya.

Menurut Times of Israel, majlis perbandaran Baitulmaqdis menandatangani perjanjian minggu lalu dengan sebuah syarikat pembangunan untuk membina lif pertama yang menghubungkan Tembok Buraq, disebut sebagai Tembok Barat oleh orang Yahudi, dan Kota Lama.

Projek 55 juta shekel (AS$ 16 juta) akan memakan masa tiga tahun untuk disiapkan dan bertujuan menjadikan kawasan suci itu lebih mudah diakses orang kurang upaya, dakwa Datuk Bandar Baitulmaqdis, Moshe Lion dalam satu kenyataan.

Al-Fayez berkata, Israel sebagai kuasa penjajah harus mematuhi kewajibannya berdasarkan undang-undang antarabangsa, yang mana merupakan wilayah pendudukan Baitulmaqdis Timur sejak 1967 dan peruntukan undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan untuknya, dan berhenti mencabuli identiti Kota Lama atau mengubah ciri-cirinya.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan akan bertindak berkoordinasi dengan Palestin dan UNESCO untuk menghadapi langkah ini. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Persiapan bertemu Ramadan

  TATKALA kehadiran tetamu, bagaimana persiapan kita menyambutnya? Apa lagi jika tetamu tersebut merupakan tetamu istimewa. Semestinya bermacam-macam…