Kalimah Allah dilarang disamakan dengan agama bukan Islam: MAINS

 

PORT DICKSON – Kalimah Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir.

Abdul Aziz menasihatkan demi menjaga keharmonian dan perpaduan rakyat di negeri ini serta menjaga sensitiviti setiap rakyat dan agama, MAINS menyeru agar rakyat bukan Islam di negeri ini akur serta patuh kepada undang-undang sedia ada selain umat Islam hendaklah juga mematuhi fatwa yang diwartakan.

Beliau berkata sebagaimana Fatwa Negeri Sembilan yang telah diwartakan pada 14 Sept 2016, umat Islam wajib menjaga penggunaan kalimah Allah dengan cara terbaik.

“Jika terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka tindakan perlu diambil mengikut undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita ingin jelaskan bahawa di negeri ini ada undang-undang mengenai isu ini yang digubal berasaskan peruntukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita di sini.

Jelasnya, Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam) (Negeri Sembilan) 1991 (Enakmen No.9/1991) diluluskan di negeri ini berkuat kuasa pada 5 April 2007.

Beliau berkata enakmen tersebut menyenaraikan sebanyak 36 perkataan yang dilarang dan tidak boleh dikaitkan dengan agama bukan Islam seperti dalam Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1, termasuklah penggunaan kalimah Allah. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts