Kedah tidak halang Dr Zakir Naik berceramah

 

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah tidak menghalang kehadiran pendakwah bebas, Dr Zakir Naik untuk ke negeri terbabit bagi mengadakan sebarang program ceramah ataupun dakwah.

Walau bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Kedah, Mohd Firdaus Ahmad menegaskan, penceramah itu harus memastikan kandungan yang disampaikan tidak menyentuh sebarang isu sensitif membabitkan kaum dan agama di negara ini.

Menurutnya, pihak kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan mana-mana penceramah yang ingin datang ke Kedah bagi menyampaikan sebarang ilmu agama demi kebaikan rakyat negeri itu.
“Sekiranya dia datang untuk berceramah, menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat, mendidik, memperbetulkan apa yang tak betul dari segi segi agama, tak perlu kita buat apa halangan atau tak membenarkannya.

 

 

“Tapi kalau ia berunsur perkauman, atau mengajak ke arah terorisme dan sebagainya, atau jenayah, itu mungkin kita perlu perhalusi balik,” ujar Mohd Firdaus.

Firdaus berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan program pelepasan Kembara Merdeka Jalur Gemilang di Menara Alor Setar, pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menasihati seluruh rakyat di negeri Kedah agar bersatu padu tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa terutama dalam menyambut sambutan Hari Kebangsaan penghujung bulan ini.

Pada Jumaat, Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd menegaskan ceramah Dr Zakir Naik yang dijadual berlangsung pada Sabtu di Masjid Al Hussain, Kuala Perlis tidak boleh diteruskan.

Jelasnya, arahan terbabit dibuat bagi memastikan kenteraman awam dan sensitiviti agama rakyat Malaysia dapat dipelihara. – Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts