Kegagalan memahami Maqasid Syar’iyyah jadikan pemikiran ahli politik bercelaru

ustazlah1

 

PUTRAJAYA – Ramai di kalangan ahli politik tidak memahami maksud sebenar Maqasid Syar’iyyah, terutama cara mengaplikasikannya di dalam sistem, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Beliau berkata, keadaan itu mewujudkan suasana pemikiran yang bercelaru dan bercampur-baur sehingga menyebabkan pendirian tidak tepat mengikut maqasid sebenar.

“Kita tahu semua umat Islam dituntut untuk menegakkan sistem pemerintah Islam di negara Islam. Ini adalah pegangan kita.

“Pemerhatian kita melihat bahawa ramai di kalangan pemain politik sebenarnya tidak memahami pun apakah itu maqasid dan bagaimana mengaplikasikan ia dalam mengendalikan politik sama ada di peringkat negara atau di peringkat gerakan-gerakan Islam di Malaysia,” katanya.

Berucap merasmikan Muzakarah Ulama MUIS di sini, hari ini, beliau berkata, membincangkan dan memahami topik mengenai Maqasid Syar’iyyah adalah penting, terutama dalam pemerintahan sesebuah negara Islam.

“Ulama dulu telah menyimpulkan dua perkara, pertama sistem pemerintahan itu mampu berfungsi menegakkan agama, melaksanakan hukum, menjaga sempadan di samping menegakkan keadilan, mengangkat syiar serta martabat, pendidikan, ekonomi dan politik orang Islam.

“Kedua, mengurus hal ehwal dunia dengan agama. Berlakunya tertib kestabilan dan kemakmuran dalam penyusunan orang Islam melalui pelaksanaan hukum Islam dalam kehidupan,” katanya.

Ustaz Abdullah Zaik berkata, perkara itu mencerminkan pendirian Isma yang tidak menyokong perubahan pemerintahan melalui demonstrasi jalanan.

“…..kerana mengikut syarat, seseorang yang mahu dilantik sebagai pemimpin mestilah menjaga kestabilan negara.

“Bermakna sekiranya berlaku perpindahan pemerintahan, negara tidak menjadi huru-hara yang menyebabkan urusan kehidupan manusia terjejas. Kerana itu perpindahan pemerintahan mesti dilakukan dengan tertib.

“Berdasarkan pendirian Isma, dalam hal politik kita sangat berpijak pada asas Maqasid Syar’iyyah, begitu juga pertukaran kuasa secara aman iaitu demokrasi,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts