Kehebatan Kerajaan Melayu Islam Melaka perlu dikembalikan

Walaupun Malaysia telah merdeka selama 64 tahun, kita seharusnya sedar bahawa hakikatnya negara kita sekadar merdeka dari penjajahan kuasa kolonial secara fizikal, tapi ketaatan, cara fikir dan budaya hidup masih lagi dijajah.

2. Walaupun kita gembira dan berbangga dengan keadaan rakyat dan negara yang jauh lebih baik berbanding ketika dijajah, namun kita jangan sesekali lupa keadaan negara kita selepas kemerdekaan pada 1957 jauh lebih teruk dari sebelum dijajah oleh Portugis pada tahun 1511.

3. Kita harus berusaha untuk kembali kepada keadaan negara sebelum dijajah Portugis pada tahun 1511, bukan sekadar merasa selesa dengan keadaan negara yang lebih baik berbanding ketika dijajah selama 446 tahun.

4. Kehebatan Kerajaan Melayu Islam Melaka adalah kayu ukur kemerdekaan kita. Kemajuan pentadbiran dan kehakiman, teknologi perkapalan, ekonomi/perdagangan, tamadun budaya dan bahasa Melayu serta perhubungan luar yang diiktiraf dunia perlu sama-sama dikembalikan.

5. Apatah lagi selepas merdeka, arus kerosakan dari Barat seperti New World Order (NWO), globalisasi dan pelbagai serangan pemikiran yang berlaku secara agresif dan berterusan menyebabkan keadaan lebih buruk.

6. Malangnya, rasa selamat dan menang (psychological safety) yang palsu selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957 menyebabkan bangsa kita alpa dan terus dibawa arus kemodenan.

7. Untuk melakukan perubahan atau transformasi mega, kita perlu mengambil pengajaran dari punca kejatuhan empayar Melaka dan kemasukan British ke Tanah Melayu iaitu kelemahan pentadbiran/rasuah, perpecahan/pergaduhan dan kemunduran ekonomi.

8. Formula kejayaan asas yang pertama ialah amanah dan kecekapan pentadbiran (qawiyul amin). Senario politik hari ini yang penuh dengan rasuah dan salah laku menunjukkan para pemimpin kita hanya mengulangi kesilapan sama yang telah menyebabkan kita dijajah sebelum ini.

9. Ramuan kedua ialah perpaduan demi memenangkan agenda negara bukan berasaskan parti/bangsa/individu pemimpin semata-mata. Perpecahan antara kaum Melayu Islam dan Tamil Islam ketika Bendahara Tun Mutahir memerintah Melaka adalah antara punca kejatuhan Melaka.

10. Hari ini keadaan sama yang berlaku dengan perpecahan teruk di kalangan ahli politik Melayu Islam menyebabkan parti yang memiliki bilangan kerusi tertinggi dalam Dewan Rakyat hari ini ialah parti DAP dengan 42 buah kerusi.

Moga Allah SWT selamatkan negara kita dan memberikan kita makna kemerdekaan sebenar apabila tunduk memerintah negara berpandukan acuan wahyu-Nya.

Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung BERJASA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts