Kejam! Bukan sekadar rumah, Israel roboh sekolah di Baitulmaqdis

 

RAMALLAH – Bukan hanya kediaman, pasukan pengganas Israel turut bertindak merobohkan sebuah sekolah yang masih dalam peringkat pembinaan di Baitulmaqdis Timur, semalam.

Agensi berita Wafa yang memetik saksi berkata, sekolah berkenaan terletak di kejiranan al-Salam di kem pelarian Shu’fat, dan telah dirobohkan pada Selasa. 

Katanya, tindakan itu tetap dilakukan pihak rejim walaupun pemilik bangunan telah cuba mendapatkan kebenaran dari perbandaran Israel di Baitulmaqdis Barat tetapi disekat sehingga akhirnya ia dirobohkan. 

Difahamkan, ketika kegiatan perobohan dijalankan, berlaku pertembungan di antara rakyat Palestin dengan pasukan Israel. 

Bagaimanapun, tiada korban atau kecederaan dilaporkan. 

Kebanyakan warga Palestin di Baitulmaqdis mendakwa bahawa mereka terpaksa membina bangunan tanpa izin disebabkan kebarangkalian mendapatkan permit daripada Israel adalah rendah. 

Ini kerana, tanah mereka didominasi oleh penduduk Israel bagi pembinaan penempatan haram Yahudi.

Menurut kumpulan hak asasi, hampir 75 peratus permit bangunan yang dimohon oleh warga Palestin ditolak oleh Israel. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts