Kelas KAFA akan diteruskan secara PdPR

SHAH ALAM – Pengoperasian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara bagi Tahun Satu hingga Enam akan diteruskan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga takwim persekolahan 2021 berakhir.

Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) untuk calon tahun 2020 dan 2021 bagi subjek bertulis yang dijadualkan serentak pada 15 hingga 18 November digantikan dengan pelaksanaan berbentuk penilaian sepenuhnya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, keputusan tersebut tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid-murid kepada subjek yang dipelajari.

“Kemenjadian murid-murid di dalam pendidikan mampu dinilai melalui pelbagai kaedah.

“Justeru, bagi tujuan ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memaklumkan kaedah serta tarikh pelaksanaan bagi menggantikan ujian bertulis tersebut.

“Pelaksanaan UPKK secara penilaian ini tidak akan menjejaskan mutu terhadap tahap penguasaan murid dan peluang untuk ke sekolah menengah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Jakim pada Khamis.

Dalam pada itu, Idris berkata, guru KAFA dan murid hendaklah terus membuat persediaan rapi bagi menghadapi proses selanjutnya yang akan dilaksanakan oleh Jakim nanti.

Tambahnya, ibu bapa juga diminta untuk memastikan anak-anak mengikuti aktiviti pendidikan KAFA secara PdPR.
“Jakim sentiasa komited untuk memastikan pendidikan KAFA bergerak seiring demi memastikan kemenjadian murid,” ujarnya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)


Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts