Kemuka rayuan, penceroboh tanah Raub mahu terus raih hasil?

 

BANGI – Tindakan penceroboh tanah kerajaan negeri Pahang mengemukakan permohonan rayuan – selepas gagal mencabar notis pengosongan tanah di mahkamah bulan lalu – didakwa untuk memanjangkan lagi keberadaan mereka di tanah itu bagi terus meraih hasil.

Sedangkan, sebelum ini pun pihak berwajib telah memberi peluang melalui penangguhan selama empat bulan, namun ternyata masa yang diberikan masih tidak cukup buat mereka, kata Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Haji Rashidi Haris.

“Sudahlah diberi penangguhan yang sangat lama. Lepas itu, dituduh pula zalim dan dengan pelbagai tohmahan kepada kerajaan negeri.

“Walhal sudah menjarah hasil selama 40 tahun secara haram sebanyak 4,400 hektar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengesa supaya penceroboh-penceroboh tanah di Raub dihukum mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan (Pencerobohan Jenayah), Seksyen 425 Kanun Tanah Negara.

Pada masa sama, kerajaan negeri digesa menuntut segala kerugian wang rakyat – cukai – yang mencecah jutaan ringgit.

“Kita juga mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat siri-siri pencerobohan tanah di Raub dan juga tanah kerajaan yang lain di setiap daerah dan juga seluruh negeri Pahang.

“Mereka mendakwa bahawa Pejabat Tanah Raub mengeluarkan notis merah bertarikh 21 Disember 2020 dan meminta semua penceroboh untuk meninggalkan tanah tersebut sebelum 4 Januari 2021.

“Sehingga ke tarikh masih belum ada apa-apa yang berkait dengan perkara ini diketengahkan seperti ‘himpunan protes’,” katanya.

Haji Rashidi menegaskan bahawa tidak ada ‘compromise’ dalam perkara ini, justeru penceroboh mesti keluar daripada kawasan tanah yang telah diceroboh.

“MUAFAKAT menuntut supaya para penceroboh supaya bersiap siaga mengadap tuan Hakim,” katanya.

Sebelum ini, Save Musang King Alliance (SAMKA) dalam satu kenyataan mengatakan, pihak Pejabat Tanah Raub dan PKPP tidak berhak untuk menghalang pekebun-pekebun keluar masuk bagi mengusahakan ladang mereka sebagai nafkah kehidupan.

“Memandangkan kes hak milik tanah berada di peringkat mahkamah rayuan, pihak mahkamah juga belum menentukan kelayakan pekebun mengusahakan tanah.

“Oleh demikian, pihak Pejabat Tanah Raub dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) tidak harus mengambil tindakan sesuka hati,” dakwanya.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts