Kerajaan kaji naik taraf status guru KAFA

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji untuk menaik taraf status guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) termasuk dilantik ke jawatan tetap dalam usaha membela kebajikan golongan ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Fuziah Salleh berkata, kajian itu dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai penyelaras program KAFA.

“Jakim sedang membuat satu kajian untuk menaik taraf status guru KAFA antaranya untuk dilantik menjadi penjawat tetap dalam perjawatan dan kita ingin pastikan kemahiran guru-guru KAFA ditingkatkan dengan diberi kursus-kursus bersesuaian,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) mengenai perancangan kerajaan dalam menaik taraf status kontrak guru KAFA di seluruh negara.

Fuziah berkata, pada masa ini terdapat 31,460 guru KAFA dengan seramai 973,555 murid sedang mengikuti program KAFA serta 5,609 premis KAFA di seluruh negara. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts