Kes di Tebing Barat kini 13,457

 

TEBING BARAT – Jumlah kes COVID-19 di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Gaza mencecah 13,457 semalam, kata Kementerian Kesihatan.

Menurut Pusat MRC untuk Analisis Penyakit Berjangkit Global di Imperial College di London, kadar itu di mana penyakit ini disebarkan di Tebing Barat yang diduduki telah mencapai 1.58, bermaksud bahawa setiap dua individu yang dijangkiti cenderung menyebarkan virus kepada tiga lagi.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang menjalankan kawalan terhad terhadap beberapa wilayah di Tebing Barat yang diduduki, telah berjuang untuk mencegah penyebaran virus berkenaan.

Ketika PA melonggarkan langkah perintah berkurung susulan protes jalanan pada akhir Mei, kes berkurang kurang dari 130 jangkitan coronavirus yang disahkan.

Sejak itu, sebahagian perintah berkurung dilaksanakan semula sebagai tindak balas terhadap peningkatan kes yang dilaporkan.

Bagaimanapun, kepatuhan terhadap garis panduan penjarakan sosial tetap meluas di Tebing Barat, sementara kurangnya kawalan terhadap sempadan dan pergerakan inddividu telah meningkatkan masalah yang dihadapi oleh pentadbiran yang berpusat di Ramallah.

Sementara itu, dari 8,796 kes aktif, lebih daripada separuh dilaporkan di Hebron, di Tebing Barat selatan.

Kebelakangan ini di bandar Hebron – dengan jumlah penduduk lebih dari 750,000 – pihak berkuasa tempatan dilihat tidak berkesan atau tidak mahu melaksanakan rutin perintah berkurung.

Lalu lintas kenderaan masuk dan keluar dari bandar tidak berhenti serta banyak perniagaan dibuka. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts