Kesatuan ulama bantah pemindahan kedutaan AS ke Jerusalem

 

DOHA – Kesatuan Ulama Islam Sedunia semalam, mengeluarkan amaran berikutan rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Jerusalem.

“Tindakan itu melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” kata kesatuan itu dalam kenyataan, semalam.

Presiden AS, Donald Trump sebelum ini berkata, beliau akan memindahkan kedutaan Amerika dari Tel Aviv ke Jerusalem, walaupun pentadbiran AS sebelum ini sama ada Republikan atau Demokrat, enggan berbuat demikian.

Walaupun, rejim Zionis sebelum ini mendakwa bandar itu adalah ‘ibu negaranya yang abadi’ selepas menduduki Timur Jerusalem ketika Perang Arab-Israel pada 1967, komuniti antarabangsa tidak mengakui tuntutan itu dan semua kedutaan asing ditempatkan di Tel Aviv.

Awal bulan ini, Senat Republikan memperkenalkan undang-undang bagi menempatkan semula kedutaan Amerika dan memperakui Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

“Cerdik pandai, ulama dan pemimpin Islam tidak akan menerima penempatan semula kedutaan AS di Jerusalem,” kata kenyataan kesatuan itu.

Kesatuan itu turut memberi amaran penempatan semula itu akan membakar semangat konflik dan hasutan, dijadikan isu oleh ekstremis dan menghasut kebencian terhadap mereka yang menyerang hak-hak rakyat Palestina.

Sehubungan itu, kesatuan berkenaan menyeru umat Islam dan pertubuhan antarabangsa supaya bersuara bagi melindungi hak rakyat Palestin.

Dua minggu lalu, Trump melantik menantunya berbangsa Yahudi, Jared Kushner, sebagai penasihat kanannya.

Kelmarin, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk rancangan Trump, untuk memindahkan kedutaan AS dari ke Jerusalem.

Menteri-Menteri Luar OIC dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas sidang di Kuala Lumpur berkata, OIC menolak sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keupayaan Arab Palestin untuk menuntut sebahagian daripada Jerusalem pada masa depan.

Sebelum ini, pemimpin Palestin juga kesal kerana Parlimen Israel mengumumkan Jerusalem atau Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka, sedangkan mereka menuntut menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara Palestin.
– Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts