Ketepikan perbezaan demi Islam: TPM

 

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengajak semua pihak tanpa mengira latar belakang ideologi politik agar mengetepikan perbezaan dan mencari titik persamaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu penting demi perpaduan umat Islam di negara ini.

“Perbezaan dalam kepelbagaian ideologi di negara ini tidak mustahil menjadi peledak kepada kelahiran fahaman fanatik. Perbezaan ideologi ini hanya akan membelakangi nilai persamaan sekali gus membawa penderitaan kepada ummah.

“Berdasarkan kajian juga mendapati umat Islam sukar dipecahkan dari luar tetapi rapuh jika dipecahkan dari dalam,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika menyampaikan ucaptama pada Multaqa Dakwah dan Pemikiran Islam bertemakan ‘Transformasi Dakwah dan Pemikiran Islam’ anjuran Majlis Perundingan Islam, di sini semalam.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengumumkan perlantikan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Ketua Kluster Ekonomi Majlis Perundingan Islam menggantikan Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim. – Utusan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts