Keunikkan masjid bawah tanah Turki

 

ISTANBUL, 29 Rabiulawal 1438H, Khamis – Seni bina masjid berubah daripada semasa ke semasa dan sebagai contoh pendekatannya ialah masjid bawah tanah pertama Turki, Sancaklar.

Masjid ini telah dibuka sejak dua tahun lalu dan terus menarik perhatian pengunjung kerana keunikkan seni binanya.

Masjid Sancaklar terletak di daerah Buyukcekmece, Istanbul dan luasnya menjangkau 1,200 meter persegi.

Seni bina masjid ini menggabungkan reka bentuk Islam dan Uthmaniyyah dengan sentuhan moden, seolah-olah bebas daripada tipologi seni bina arus perdana.

Masjid ini telah direka oleh arkitek Turki, Emre Arolat untuk Yayasan Sancaklar.

Pada tahun 2013, masjid ini telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Festival Seni Bina Dunia bagi tempat beribadat.

Manakala pada tahun 2015 pula, projek ini tercalon untuk Anugerah Reka Bentuk yang dianjurkan oleh Muzium Reka Bentuk London dan ia juga telah disenarai pendek daripada 40 calon bagi Anugerah Mies Van Rohe.

Pada hiasan dinding pada masjid ini adalah huruf Arab “wa” dan ayat 41 surah al-Ahzab; “Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah pada Allah dengan banyakkan berzikir.”

Ruang utamanya bebas daripada sebarang perhiasan tidak seperti kebanyakkan masjid moden yang dibina baru-baru ini di Turki.

Arolat berkata, beliau menerima banyak maklum balas positif terhadap gaya masjid ini.

“Tiada satupun rangka kerja seni bina yang mengikut al-Quran. Satu-satunya kriteria yang ada adalah kawasan yang bersih boleh dijadikan tempat beribadat,” kata Arolat dipetik Al Arabiya English. – Agensi

Sumber: ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts