Khalid Masy’al seru Malaysia adakan himpunan sejuta umat beri tekanan kepada Israel, sekutunya

BANGI – Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Perhubungan Isu Palestin Luar Negara, Khalid Masy’al dalam usaha membebaskan Palestin daripada penjajahan Israel.

Pengarahnya, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni memaklumkan, rombongan itu turut disambut oleh beberapa pimpinan Hamas di Doha, Qatar.

“Tujuan kunjungan ini sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap pendekatan dan langkah-langkah yang diambil oleh Hamas di dalam menamatkan penjajahan Israel.

“Khalid Masy’al mengucapkan terima kasih dan menyatakan pujiannya terhadap peranan yang dimainkan oleh rakyat Malaysia khususnya Aman Palestin dan Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin.

“Beliau mengesyorkan agar satu himpunan sejuta umat dianjurkan di Malaysia bagi memberi tekanan kepada Israel dan sekutunya,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.net.

Muhammad Fauzi berkata, Masy’al, yang kini mengetuai pejabat diaspora Hamas turut berharap Aman Palestin dapat terus mengumpul dana sumbangan rakyat Malaysia untuk disalurkan secara terus kepada aktiviti-aktiviti yang akan membawa kepada pembebasan Palestin.

Untuk rekod, Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin ditubuhkan pada Sabtu lalu bagi menggarap semua kekuatan umat Islam untuk disatukan dalam langkah yang lebih strategik ke arah membebaskan Palestin daripada penjajahan rejim Israel.

Gabungan itu disertai hampir 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aman Palestin, Majlis Ulama ISMA (MUIS), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam) dan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru).

Turut serta Zaaba Institute, Gerakan Pengundi Sedar (GPS), Kelab Perwira, Arus Baru, Silat Hang Tuah, Persatuan Ahli Seni dan Budaya (PERSENI) dan Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA).

Gabungan ini akan menjalankan kempen selama dua bulan, selain menjalankan usaha melobi dan menggesa pihak kerajaan serta badan-badan antarabangsa supaya mengatur langkah ke arah membebaskan Palestin.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts