Khatam 130 kali dengan Al-Quran lusuh

KUALA LUMPUR: Kunjungan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ke salah sebuah rumah keluarga asnaf di Taman Semarak, Nilai memberi keinsafan dan rasa kagum kepada beliau.

Ia selepas beliau bertemu dengan Abu Bakar Ismail, 96, yang telah khatam Al-Quran sebanyak 130 kali menggunakan senaskah Al-Quran yang telah lusuh.

“Kunjungan saya ke sebuah rumah ini amat memberi keinsafan dan rasa kagum kepada individu ini.

“Di tangan saya adalah Al-Quran lusuh yang telah dikhatamkannya sebanyak 130 kali.

“Beberapa kali anak menantunya mencadangkan untuk Al-Quran itu ditukar kepada baharu namun beliau menolak,” kata Zulkifli dalam catatan di Facebooknya pada Isnin.

Memetik laporan Berita Harian, Abu Bakar mengalami sakit tua dan sukar untuk berjalan termasuk ingatan semakin berkurangan sedikit namun beliau tetap meneruskan aktiviti bacaan Al-Quran selepas solat fardu.

Al-Quran tersebut dilapor digunakan sejak berkahwin dengan isterinya Hamidah Ali, 76, yang telah meninggal dunia 13 tahun lalu.

“Moga Al-Quran ini menjadi saksi akan istiqamah beliau mengkhatamkannya sebanyak 130 kali sepanjang hidup,” kata Zulkifli. — AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts