Khilaf dalam fiqh tidak sepatutnya membawa perpecahan

 

Perbezaan dalam perkara yang boleh dibolehkan untuk khilaf seperti fiqh tidak sepatutnya sehingga membawa bala yang lebih besar iaitu perselisihan sesama umat Islam.

“Perbezaan pandangan ini apabila diurus menggunakan adab khilaf akan menjadi satu rahmah kepada kita semua”

Syeikh Dr Ali Qaradaghi, Setiausaha Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia berkata demikian dalam laman sesawang rasmi baru-baru ini.

Tambah beliau lagi perbezaan pandangan adalah suatu perkara fitrah manusia kerana kita sendiri diciptakan dengan kepelbagaian dalam semua perkara termasuk cara fikir serta memahami sesuatu benda lagi-lagilah apabila wahyu itu diturunkan dalam bahasa Arab yang kaya dengan kaedah memahami ma’ani disebalik sesuatu perkataan.

“Kalaulah syariat menetapkan hanya ada satu pandangan perlu dipegang maka ianya adalah kesempitan kepada umat Islam saat menghadapi keadaan, suasana atau zaman tertentu”

Beliau menyatakan dalam keadaan ini apa yang perlu difikirkan oleh umat Islam serta ulama khususnya ialah bagaimana sesuatu perbezaan dalam cabang fiqh itu tidak membawa sehingga perpecahan akibat ketaksuban yang melampau.

“Kita perlu berfikir bagaimana perbezaan akal kita tidak sepatutnya membawa perbezaan hati kita”

“Penyatuan umat ini adalah kefardhuan yang tiada khilaf padanya, lebih-lebih lagi pada saat ini di mana umat Islam diancam dan tidak akan mampu berbuat apa-apa melainkan adanya perpaduan sesama kita”, tegas beliau.

Sumber: http://iumsonline.org/ar/aboutar/nt-lnhd/lohd-lslmy-mtlob-fy-kl-okt-olknh-ashd-m-tkon-tlb-fy-hth-lokt-lth-l-ynkth-fyh-lam-mn-lkhtr-l-tdmnh-otnsrh/
Terjemahan: http://muis.org.my/2017/08/khilaf-dalam-fiqh-tidak-sepatutnya-membawa-kita-berpecah/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts