Kisah benar cinta sejati hingga ke syurga

 

Jika anda bertanya apa itu Cinta Sejati @ #love #tilljannah, saya ingin kongsikan sebuah kisah benar yang saya alami sendiri. Kisah benar ini bukanlah kisah saya, tetapi kisah cinta seorang suami di dalam gambar ini.

Sebaik sahaja kami selesai menguruskan jenazah ahli kariah Seksyen 13 di tanah perkuburan Seksyen 21 Shah Alam, saya segera mendapatkan pusara nenek untuk diziarahi. Sedang mencari-cari pusara nenek, seorang abang yang kacak (masya Allah) menghampiri saya lalu menyapa.

“Assalamualaikum.. cari kubur siapa tu ustaz?, Deretan ni kebanyakannya yang meninggal bulan Mei dan April 2015”. Mendengar kata-kata itu tadi saya agak kagum dengan lelaki tersebut. Lagak pakaiannya tidak langsung menunjukkan dia bekerja di tanah perkuburan ini. Tidak sempat saya bertanya, lelaki ini mula membuka kisahnya.

Abang kacak:
“Heh.. ustaz tak perlu pelik, saya ke tanah perkuburan ni hampir tiap-tiap hari, dulu kami tinggal di Shah Alam, tapi sebab anak dah masuk sekolah kat KL, saya decide pindah ke KL juga lah untuk dekat dengan satu-satunya anak saya ni”.

Saya:
“Owh yeke..kalau dah tinggal dekat KL, macam mana pulak abang boleh datang sini hampir tiap-tiap hari? Dekat kubur ni ada waris ke yang dikebumikan di sini?”

Abang kacak:
“Kebetulan memang saya bekerja dekat Seksyen 21 ni je.. so setakat menyinggah memang tak de masalah (sengih).”

“Erm.. alang-alang ustaz dah tanya.. saya cite sikit ye.. itu pun kalau ustaz ada masa lah”

Saya: (angguk2x)

Abang kacak:
“Sebenarnya.. kubur yang saya ziarah ni bukan setakat waris saya ustaz.. dialah pelengkap hidup saya.. dialah penyeri hidup saya.. senang cite dialah isteri saya yang pertama dan selama-lamanya yang terakhir untuk saya ustaz.”

“Sepanjang dia hidup.. dia tak pernah mengeluh bila kami hidup susah, apatah lagi meminta-minta kerana dia tahu saya belum cukup mampu untuk beli itu ini buat masa tu.”

“Sampailah satu hari, bila kami dapat tahu dia jatuh sakit, hidup kami semakin susah, bayangkanlah duit gaji habis dekat kot kos rawatan saja. Belum kos lain-lain lagi, masa tu saya hampir putus mengharap.. tapi wife pula yang kuatkan saya.”

“Dua tiga hari sebelum wife meninggal, dia ada tanya satu soalan”

Arwah isteri:
“Cuba abang bagitau sayang, sebesar mana cinta abang dekat sayang?”

Abang kacak:
“Cinta abang kepada sayang seluas jarak abang hidup di dunia dan sayang hidup di syurga”

Ketika itu tidak ada ungkapan melainkan hanya tangisan.. saya menjabat tangannya dan cuba menenangkannya dengan berkongsikan sebuah hadis Nabi s.a.w (boleh baca di bawah untuk rujukan)

Beliau menerima hadis tersebut dengan gembira dan meminta agar saya tuliskan kepadanya hadis tersebut untuk menjadi ingatan buatnya.

Begitulah sebuah pertemuan singkat tetapi cukup mengajarkan kepada kita erti cinta yang abadi.

Di akhirnya saya sempat bertanya kepada beliau, “abang datang sini bawak bekal ke?, Nampak macam tupperware je?”

Abang kacak itu tersenyum, katanya “waktu lunch hour, memang saya akan makan kat sini.”

Saya tergamam, inilah cinta sejati, inilah #love #tilljannah

* * *
Rujukan hadis :
“Jika kamu ingin menjadi isteriku di syurga maka jangan menikah lagi sesudah ku: kerana wanita di syurga bersama suaminya yang terakhir di dunia oleh kerana itu Allah mengharamkan kepada isteri-isteri Nabi untuk menikah lagi sesudahnya kerana mereka adalah isteri-isteri Beliau di syurga,” [ H.R al-Baihaqi ]

Hadis ini walaupun disabdakan khusus untuk isteri-isteri Nabi s.a.w namun maksud yang cuba disampaikan applicable juga untuk kita yakini dan kita hajati.

Syaratnya kedua-kedua pasangan kejarlah syurga Allah untuk mendapat #love #tilljannah

Ustaz Muawwidz Al-Ansori Dzulkefly

Sumber: https://www.facebook.com/imammuawwidz

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts