Kit Indahnya Ramadan bantu kanak-kanak hayati bulan mulia

kit-demo2

 

Menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba, Indahnya Islam telah mengeluarkan sebuah kit istimewa khas untuk seisi keluarga.

Dikenali sebagai kit ‘Indahnya Ramadan’, bahan ini bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak untuk lebih menghayati bulan Ramadan yang mulia.

Malah, kit ini juga dapat membantu memberi idea kepada ibu bapa untuk memanfaatkan bulan barakah ini.

Menariknya, dengan setiap pembelian kit ini, pembeli akan mendapat koleksi tazkirah 3 minit untuk 30 hari Ramadan, penanda buku Ramadan dan magnet Indahnya Ramadan.

Selain itu, pembeli juga akan memiliki buku aktiviti yang menarik untuk anak-anak termasuk muhasabah harian dan tabung Ramadan yang comel bagi memupuk budaya menabung kepada mereka.

Bukan itu sahaja, dengan pembelian kit ini, pembeli juga bakal memiliki dekorasi Ramadan untuk menghias bilik atau ruang tamu sempena bulan Ramadan.

Pembeli turut berpeluang melakukan sumbangan amal kerana semua hasil jualan dan sumbangan adalah untuk membantu aktiviti dakwah menerusi platform Indahnya Islam.

Bagi yang berminat, boleh mendapatkan kit yang menarik ini dengan harga RM22 dengan segera kerana stok adalah terhad.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari www.indahnyaislam.my/kitindahnyaramadhan atau membeli secara dalam talian di bit.ly/OrderKitIndahnyaRamadhan.

online

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/05/kit-indahnya-ramadan-bantu-kanak-kanak-hayati-bulan-mulia/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts