Kita perlu sabar menghadapi wabak ini: Menteri Agama

Orang ramai perlu mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memastikan rantaian penularan Covid-19 dapat disekat sepenuhnya sekali gus negara ini bebas daripada wabak berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, masih terdapat tindakan segelintir individu yang ingkar terhadap PKP.

Katanya, masyarakat harus melihat komitmen kerajaan dalam menangani wabak ini hingga terpaksa melanjutkan lagi tempoh PKP kepada fasa ketiga selama dua minggu sehingga 28 April seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

“Kita perlu sabar menghadapi wabak ini kerana sudah tiga bulan kita hadapinya yang turut berlaku di seluruh dunia dan kita boleh lihat apabila yang berlaku di beberapa negara seperti Itali, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

“Mereka diuji dengan Covid-19 ini begitu dahsyat dan kita pun tidak mahu situasi itu berlaku di negara dan rantau ini.

“Oleh itu, ikutlah nasihat dengan mematuhi arahan PKP ini untuk manfaat bersama kerana dengan cara kekal duduk di rumah, dapat mengatasi penularan wabak Covid-19 ini.

“Malah ianya juga membantu pihak yang bertanggungjawab menyelesaikannya terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Misi Sumbangan Tabung Musa`adah Covid-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Balai Raya Kampung Orang Asli Tekir, Labu, petang tadi.

Seramai 153 keluarga dari dua kampung iaitu Kampung Orang Asli Tekir dan Kampung Orang Asli Tebir di Labu, menerima bantuan makanan keperluan asas dan wang tunai.

Mengenai program bantuan berkenaan, Zulkifli berkata, setakat ini bantuan itu sudah merentasi di lima negeri iaitu Pahang, Perak, Kelantan dan Terengganu serta Negeri Sembilan.

“Ianya akan diteruskan di beberapa negeri lain seperti Selangor, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak,” katanya. -hmetro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts