Konflik Palestin-Israel perlu dididik kepada murid

BANGI – Modul mengenai isu sebenar yang berlaku di Palestin dan sejarah bagaimana konflik Palestin-Israel perlu dididik kepada murid supaya mereka dapat memahami dan menjiwai isu ini dengan sebenar-benarnya.

Kefahaman ini penting supaya generasi baru Malaysia mempunyai literasi yang tuntas bagaimana rakyat Palestin ditindas dan dizalimi, apa puncanya, siapa dan institusi mana yang terbabit serta tindakan bantuan yang boleh dilakukan.

Keadaan itu sekali gus membina kesedaran dan semangat solidariti dalam diri mereka.

Atas dasar itu, Pemuda UMNO menyokong penuh keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) meneruskan program Minggu Solidariti Palestin di sekolah.

Ketua Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, program itu tidak perlu dibatalkan hanya kerana mendapat bantahan daripada segelintir pihak.

“Ini bukan soal unsur keganasan dan elemen dendam seperti yang dinyatakan oleh 12 wakil rakyat (PKR) ini.

“Ia banyak berkait soal bagaimana kita boleh tingkatkan kesedaran secara terpimpin terhadap konflik Palestin-Israel. KPM wajar terus laksanakan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada desakan Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR supaya KPM mengkaji semula keputusan menganjurkan Minggu Solidariti Palestin di sekolah dan institusi pendidikan awam yang dijadual bermula 29 Oktober lalu.

Terdahulu, dalam satu kenyataan bersama, 12 wakil rakyat PKR menjelaskan keputusan mengadakan program sedemikian patut dikaji semula supaya sekolah dan institusi awam bebas daripada unsur kedendaman dan keganasan.

Mereka menjelaskan keputusan mengadakan program sedemikian patut dikaji semula supaya sekolah dan institusi awam bebas daripada unsur kedendaman dan keganasan.

Mengulas lanjut, Akmal secara sinis mengesyorkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar semua wakil rakyat berkenaan ke misi bantuan kemanusiaan di Palestin.

Jelasnya, tindakan itu supaya mereka dapat tahu dengan lebih jelas mengenai isu yang berlaku di sana. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts