Kumpulan pejuang Palestin beri amaran ‘berdepan’ rejim Zionis bila-bila masa

 

GAZA – Kumpulan pejuang Palestin memberi amaran kepada rejim negara haram Israel supaya tidak menimbulkan sebarang konspirasi di Baitulmaqdis dan perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Kumpulan itu berkata, mereka bersedia bertindak pada bila-bila masa bagi menghadapi pencerobohan dan kekejaman rejim penjajah Israel.

Dalam kenyataan semalam, kumpulan itu memuji pertarungan pejuang negara ketika Perang Pedang al-Quds baru-baru ini.

Melalui pelbagai kaedah, katanya, rakyat Palestin berjaya mengalahkan dan menggagalkan rancangan musuh di Baitulmaqdis, yang melakukan pengusiran dan pemindahan rakyat secara paksa, tangkapan warga Palestin, serta perebutan Masjid Al-Aqsa.

“Musuh Zionis benar-benar salah faham dalam perhitungannnya kerana menganggap syaratnya sudah cukup matang bagi meneruskan rancangan jahat,” katanya.

Jelas kumpulan itu, Masjid Al-Aqsa mempunyai pejuang yang akan mempertahankan kesuciannya walau apa jua keadaan.

Ketegangan terbaharu bermula di Baitulmaqdis Timur yang diduduki pada bulan Ramadan lalu akibat serangan rejim pengganas Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa dan kawasan penempatan di Sheikh Jarrah.

Rejim pengganas Israel telah melakukan serangan udara di Semenanjung Gaza sejak 10 Mei lalu, meninggalkan kemusnahan besar di seluruh pantai wilayah terbabit.

Sekurang-kurangnya 279 orang Palestin terbunuh termasuk 69 kanak-kanak dan 40 wanita manakala 1,910 yang lain cedera dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menurut Kementerian Kesihatan Palestin. -Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts