Kuwait hentikan tayangan filem Beauty and the Beast

 

KUWAIT – Kuwait mengarahkan filem  keluaran Disney, Beauty and the Beast dihentikan tayangannya di seluruh pawagam negara itu.

Tindakan itu dibuat selepas penapisan filem Kuwait menyuarakan kebimbangan terhadap kandungan filem terbabit yang memaparkan watak gay.

Filem Beauty and the Beast difahamkan sudah ditayangkan di negara majoriti Muslim itu, sejak Khamis lalu.

Bagaimanapun mereka yang membeli tiket untuk menonton filem itu menerima mesej daripada syarikat National Cinema Company memaklumkan penayangan filem idibatalkan atas sebab yang tidak dijangka.

Seorang ahli lembaga pengarah National Cinema Company, Duaij Al-Khalifa Al-Sabah yang mengendalikan 11 daripada 13 panggung wayang Kuwait berkata, versi baharu suntingan filem itu mungkin akan kembali ke pawagam, lewat minggu ini.

Filem ini diadaptasi dari filem animasi tahun 1991, filem terbaharu ini berkisarkan kisah seorang wanita yang cantik dan gemar berdikari, Belle yang ditawan oleh si hodoh, Beast di sebuah istana.

Ia menampilkan barisan pelakon seperti Emma Watson, Ewan McGregor, Gugu Mbatha-Raw, Ian McKellen dan Stanley Tucci. – Agensi

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts