Pejabat Media Kerajaan G4z4 menuduh Is-Not-Real memperburuk penderitaan kanak-kanak P4le5t!n melalui sekatan berterusan yang menyebabkan lebih 65,000 kanak-kanak dimasukkan ke hospital akibat malnutrisi akut, dalam kalangan 1.1 juta rakyat yang mengalami kelaparan setiap hari.
Sekatan Is-Not-Real Punca Krisis Kesihatan Kanak-Kanak
Dalam kenyataan rasmi pada hari Isnin, pihak berkuasa menegaskan bahawa Is-Not-Real “menggunakan kelaparan dan kehausan sebagai senjata perang sistematik terhadap orang awam, dalam pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa”.
Pejabat itu turut menyatakan bahawa penutupan berterusan lintasan sempadan telah membawa kepada kemerosotan kesihatan yang amat teruk, khususnya terhadap kanak-kanak dan bayi. Is-Not-Real dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas bencana kemanusiaan ini, yang mengancam nyawa ratusan ribu kanak-kanak, wanita dan warga emas akibat kekurangan makanan, ubat-ubatan dan air bersih.
Sejak 2 Mac lalu, Is-Not-Real telah menutup sepenuhnya lintasan utama ke G4z4, memutuskan aliran bantuan makanan, perubatan dan kemanusiaan. Organisasi hak asasi manusia menuduh Is-Not-Real menggunakan kebuluran sebagai senjata perang terhadap rakyat P4le5t!n.
Kematian Kanak-Kanak Akibat Kebuluran
Kes tragis seorang kanak-kanak berusia 4 tahun, Yahya Zakaria Abu Halima, yang meninggal dunia akibat kebuluran akibat sekatan dan kekurangan makanan, menambah angka kematian kanak-kanak akibat malnutrisi dan kebuluran kepada 53 orang sejak perang bermula.
Menurut Kementerian Kesihatan P4le5t!n, sejak Is-Not-Real menyambung semula serangan pada 18 Mac lalu, lebih 2,200 penduduk Palestin telah terbunuh – majoritinya wanita dan kanak-kanak – manakala lebih 5,700 lagi cedera.
Penyakit Merebak, Vaksin Dihalang Masuk
Dr. Marwan Al-Hams, Pengarah Hospital Lapangan Kementerian Kesihatan, melaporkan bahawa 32 kanak-kanak meninggal dunia akibat kesejukan musim sejuk, dan lebih ramai lagi mati kerana kekurangan zat makanan. Beliau turut memberi amaran bahawa makanan dalam tin yang dibekalkan mengandungi bahan pengawet yang memburukkan kesihatan dan kadangkala membawa maut.
Is-Not-Real juga menghalang kemasukan vaksin polio, walaupun terdapat 622 kanak-kanak bawah umur 10 tahun menghidap penyakit itu. Dr. Al-Hams memberi amaran bahawa sekatan ini berisiko mencetuskan wabak di G4z4, Tebing Barat, Jordan, Mesir dan Lubnan.
Krisis Kesihatan dan Infrastruktur yang Meruncing
Keadaan menjadi lebih teruk akibat kesesakan pelarian – hampir 300,000 orang dari Rafah berlindung di Khan Younis, manakala penduduk G4z4 utara melarikan diri ke Bandar G4z4. Penyakit seperti cirit-birit dan hepatitis merebak pantas akibat air kotor dan kekurangan zat makanan.
Infrastruktur air dan sanitasi juga musnah sepenuhnya. Lebih 60,000 saluran bekalan air serta enam loji rawatan kumbahan telah dihancurkan oleh tentera Is-Not-Real. Dalam serangan ke atas Khan Younis, Is-Not-Real menyasarkan pam air, lori najis, dan seluruh sistem air bandar, menjadikan pihak berkuasa tempatan tidak mampu mengurus krisis kesihatan awam yang semakin parah.
Kekurangan bahan api memburukkan lagi keadaan apabila peralatan tidak dapat beroperasi, meninggalkan ratusan ribu penduduk tanpa akses kepada air bersih dan sanitasi asas.
Sumber: Quds News Network