Lemah iman punca umat Islam ketinggalan

 

BANDAR BARU BANGI – Kelemahan iman antara punca yang mengakibatkan umat Islam kini ketinggalan dalam semua aspek.

Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacob berkata, gabungan bersama umat Islam dapat membantu menentukan haluan ummah.

Beliau juga percaya setiap individu mempunyai visi mencari rahmat ALLAH dan jalan terbaik bagi tujuan itu adalah dengan mendidik memudahkan kehidupan orang lain.

“Untuk itu, kita mesti membuka laluan ke syurga dengan bekerjasama membina sinergi dalam mendidik serta membantu masyarakat. Oleh itu, kita perlu bersama-sama bergabung menentukan haluan ummah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Mesyuarat Tahunan Perwakilan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) ke-30 (MTP30) di sini kelmarin.

Hussamuddin berkata, fokus utama mendidik masyarakat adalah dengan menggerakkan usaha memberi kefahaman yang betul mengenai ajaran al-Quran.

“Pastikan semua anak-anak memahami al-Quran ke arah menyelamatkan kehidupan masyarakat,” katanya.

 

 

Hussamuddin (tengah) ketika merasmikan pelancaran buku ’30 Tahun Dalam Dakapan Tarbiah’. Turut kelihatan, Abdullah (kiri).

Sementara itu, Presiden Haluan, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman mengajak semua pihak bekerjasama dengan menyumbang kemahiran masing-masing demi mengembalikan Islam sebagai agama terbaik.

“Semua pihak terutamanya media harus menggunakan kepakaran masing-masing dalam usaha yang murni ini,” katanya.

MTP30 yang bertemakan ‘Islam, Kepimpinan dan Cabaran’ itu berlangsung selama tiga dan berakhir hari ini.

Seramai 600 perwakilan, pemerhati dan jemputan daripada agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) turut hadir menyerikan majlis tersebut.

Antara yang hadir termasuk wakil daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Pertubuhan Ikram Malaysia, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Persatuan Cakna Umat Malaysia (Pacu), Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), Universiti Islam As-Syafiyyah Indonesia, Rabitah Ulamak Ahli Sunnah dan Palestinian Cultural Organization (PCOM).

Majlis perasmian dimeriahkan dengan pelancaran buku ‘30 Tahun Dalam Dakapan Tarbiah’ karya beberapa individu dari generasi awal penubuhan Haluan. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts