Liberal manipulasi hadis tuduh Rasulullah diskriminasi wanita

 

BANGI – Golongan liberal sering memanipulasi hadis dengan menyifatkan wanita sebagai golongan lemah dan selalu dipandang rendah oleh agama Islam.

Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustazah Suriani Sudi berkata, golongan berkenaan sering memanipulasi kononnya Islam mendiskriminasi wanita, sedangkan Rasulullah ﷺ mengangkat darjat wanita.

Beliau berkata, kelembutan seorang wanita yang dipenuhi dengan pelbagai emosi bukanlah bermaksud kelemahan, sebaliknya ia bersifat pelengkap kepada keperluan anak dan suami.

“Sifat kelembutan seorang wanita itu satu keperluan bukan kelemahan, kerana ianya sangat diperlukan untuk mengandung, melahirkan, menyusukan, membesarkan anak-anak dan melayani suami.

 

 

“Semua sifat itu memerlukan belaian seorang ibu, bahkan kelembutan itu juga diperlukan oleh seorang suami,” katanya dalam temu bual Lensa Wanita di TV Pertiwi, hari ini.

Melihat situasi semasa hari ini, beliau berkata, golongan wanita kini melangkah ke depan dalam pelbagai bidang, bahkan ada yang diberi tanggungjawab menjadi ketua.

“Ramai yang fikir ‘bos wanita’ ini cerewet, kerana berbalik kepada sifat seorang wanita itu sendiri yang penuh dengan emosi. Namun, emosi itu tetap ada nilai kekuatannya.

“Sekarang pengurusan sudah berubah kerana cara pandang yang berbeza. Ramai wanita yang menjadi ketua yang baik kepada anak buahnya. Ia terpulang bagaimana cara urus diri dan emosi itu sendiri, dan bagaimana hati sebagai raja mengawal cara bertindak sebagai ketua,” katanya. -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts