Lima kanak-kanak ceritakan kisah ‘tragis diseksa’ pengganas Israel

 

TEBING BARAT – Lima kanak-kanak bawah umur Palestin diserang secara fizikal dan diseksa dengan kejam oleh pengganas Israel ketika dalam tahanan.

Suruhanjaya Tahanan dan bekas Tahanan Palestin berkata, lima kanak-kanak berkenaan – berusia 17 tahun – menceritakan secara terperinci pukulan dan penyeksaan yang teruk dialami mereka ketika ditangkap.

Mustafa Salameh ditahan di rumah keluarganya di bandar Azzoun, di timur bandar Qalqilya di Tebing Barat utara. 

Dia dipukul dengan senjata api dan dilemparkan ke jip tentera – di mana rejim terus menerus memijaknya sehingga dia tidak sedarkan diri.

Ketika Mustafa bangun, dia mendapati berada di pusat tahanan Al-Jalama dan disiasat berjam-jam, sambil diikat di kerusi sebelum dipindahkan ke penjara Megiddo untuk tahanan di bawah umur.

Manakala, seorang lagi yang ditahan, Mohammad Zalloum diseret keluar dari rumahnya dari kampung Silwan. Dia ditumbuk di perut hingga muntah, dan kemudian dipindahkan ke pusat tahanan Asqalan dan ditahan selama 23 hari.

Seorang lagi mangsa, Hani Rmeilat, dari kem pelarian Jenin di utara Tebing Barat, disiasat dalam keadaan yang teruk di pusat tahanan Al-Jalama. 

Dia diserang dengan batang kayu oleh lima pengawal penjara sehingga menyebabkan lebam di seluruh tubuh, yang memerlukan rawatan segera di sebuah hospital Israel.

Namun, Hani dipaksa kembali ke penjara Al-Jalama, dan dia ditahan selama 20 hari sebelum dipindahkan ke penjara Megiddo.

Mangsa lain, Majd Waari dari kejiranan Beit Hanina di Baitulmaqdis pula berdepan siasatan berjam-jam di pusat tahanan Kompaun Rusia yang terkenal di Baitulmaqdis Barat, sambil diikat di sebuah kerusi kecil.

Sementara Munir Arqoub dari Kufr Ein, utara Ramallah, ditahan di pusat pemeriksaan tentera Beit El setelah diserang oleh tiga tentera Israel sebelum dia dibawa ke pangkalan tentera berhampiran.  

Di sana dia ditinggalkan di kawasan terbuka dalam keadaan cuaca sejuk dan dipaksa tidur.  Dia dipindahkan ke kem tentera Ofer keesokan harinya untuk disoal siasat dan kemudian dipindahkan ke penjara Majeddo.

Suruhanjaya itu menyatakan bahawa penganiayaan terhadap tahanan adalah sebahagian daripada ‘dasar yang yang diamalkan oleh pentadbiran pusat tahanan pendudukan Israel untuk menyekat tahanan dan menjatuhkan sekatan ke atas mereka dan menyekat hak asasi manusia.’

Pihak berkuasa pendudukan Israel setiap hari melancarkan kempen penangkapan di Tebing Barat yang dijajah, membebaskan beberapa tahanan setelah disoal siasat dan merujuk yang lain ke mahkamah.

Kira-kira 4,400 orang Palestin kini berada di penjara Israel, termasuk 40 wanita, 170 kanak-kanak, dan 380 orang di bawah tahanan pentadbiran tanpa tuduhan atau perbicaraan. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts