Sultan Selangor kurnia watikah pelantikan mufti, timbalan mufti baharu

 

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan untuk berangkat bagi mengurniakan watikah pelantikan mufti negeri yang baharu kepada Datuk Dr Anhar Ophir di Istana Bukit Kayangan pada Khamis.

Menerusi kemaskini di laman Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin turut berkenan menerima pelantikan Profesor Madya Dr Miszairi Sitiris sebagai Timbalan Mufti Selangor yang baharu.

Katanya, pelantikan Anhar bagi memegang jawatan itu adalah berkuatkuasa pada 21 Mei lalu.

“Anhar memegang jawatan sebagai Timbalan Mufti Selangor sejak 2016 dan beliau memiliki kelulusan tertinggi Ijazah Doktor Falsafah (Feqh Wa Usuluh), Mumtaz dari The World Islamic Sciences and Education Universiti (WISE), Jordan.

” Dr Miszairi pula berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah IRKH (Fiqh dan Usul Al-Fiqh) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan bertugas sebagai pensyarah di sana sejak 1996,” katanya.

Pelantikan Anhar untuk memegang jawatan itu adalah bagi menggantikan penyandangnya, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid yang sebelum ini memilih untuk tidak menyambung kontraknya pada 19 Mei lalu.

Menerusi kemaskini sama, Sultan Selangor turut menggesa agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mempercepatkan proses vaksinasi Covid-19 bagi imam, bilal dan siak di seluruh negeri ini.

Katanya, Sultan Sharafuddin berpandangan golongan terlibat perlu diberi keutamaan bagi menerima vaksin Covid-19 sebagai perlindungan diri berikutan pihak terlibat sering terdedah kepada risiko jangkitan wabak berkenaan. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts