Mahathir seru negara Islam bersatu

 

PUTRAJAYA – Sudah tiba masanya negara Islam bersatu bagi berdepan dengan kuasa besar yang menceroboh kedaulatan undang-undang negara lain.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan di mana sebuah negara membuat keputusan sendiri untuk membunuh pemimpin negara lain di tempat lain adalah tindakan tidak bermoral.

“Kedua-dua perbuatan ini tidak bermoral. Ia bertentangan dengan undang-undang,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) siri 11 kali pertama tahun ini di sini.

 

 

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan, pembunuhan Soleimani yang didalangi oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam serangan dron AS di Baghdad pada Jumaat lalu akan meningkatkan aktiviti keganasan.

“Jadi jika anda nampak keganasan meningkat, itu mungkin boleh berlaku,” katanya.

Mahathir berkata, situasi dunia pada masa kini sangat membimbangkan.

“Kita tidak lagi selamat sekarang. Sekiranya ada orang yang menghina atau mengatakan tidak sukakan seseorang, dia boleh menghantar dron dan mungkin menembak,” katanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts