Mahkamah Khas Hadhanah bantu masalah kahwin, cerai ditubuh

 

KUALA LUMPUR: Inisiatif penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah bukan saja dapat mempercepatkan penyelesaian masalah perkahwinan dan penceraian difailkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, malah mampu membantu mengurangkan kes isteri tergantung tidak bertali.

Mahkamah Khas ini beroperasi dengan serta merta sebaik sahaja diisytiharkan penubuhannya secara rasmi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, hari ini.

Mahkamah ini juga bertanggungjawab memastikan setiap perintah yang dikelukarkan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dilaksanakan dengan sempurna menerusi saluran Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah berpandukan undang-undang sedia ada.

Jamil Khir berkata, mahkamah sedemikian yang pertama ditubuhkan di Malaysia, tidak memerlukan pindaan undang-undang atau akta, kerana ia kekal di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

“Kebiasaannya, proses membabitkan perceraian, menuntut nafkah dan hak penjagaan mengambil tempoh agak panjang hingga muncul tanggapan masyarakat bahawa perkhidmatan di Mahkamah Syariah dibuat dengan perlahan,” katanya dalam sidang media pada majlis pengisytiharan berkenaan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Mukhyuddin Ibrahim; Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan, Ibrahim Deris dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Mengikut statistik pendafaran kes di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi tahun 2013 hingga 2017 berjumlah 50,521 kes, manakala 2016 memperlihatkan jumpah iaitu sebanyak 11,066 kes.

Jamil Khir berkata, inovasi ini mengumpulkan pakar perundangan seperti hakim dan peguam untuk mencari pendekatan bagi mempercepatkan proses perkahwinan atau perceraian.

“Semoga ia mampu bertindak menyelesaikan masalah rakyat dengan telus, malah menjadi ikutan di negeri lain pula,” katanya.

Sementara itu, mengulas penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah, Rohani berkata, beliau berharap mahkamah sedemikian dapat diperluaskan ke negeri lain, terutama Selangor yang mempunyai permohonan penceraian yang tinggi.

“Banyak kes tertangguh perlu dipercepatkan agar wanita mampu meneruskan kehidupan selain kes penjagaan anak yang mampu memberi kesan kepada seluruh keluarga terbabit.

Pada masa sama, katanya, bersempena Tahun Memperkasa Wanita, kewujudan Mahkamah Khas itu dilihat membawa harapan baru, terutama kepada golongan wanita yang berhadapan dengan penangguhan kes.

Sementara itu, Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Muhammad Khairul Nizam Kassim berkata, kewujudan mahkamah ini juga membuka peluang 23 perjawatan baru agar berupaya melancarkan proses bicara kehakiman seperti mana di mahkamah lain.

INFO

* Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah dikelaskan kepada dua peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Tinggi Syariah yang mengendalikan tuntutan hadhanah dan nafkah bernilai RM50,000 dan ke atas dikenali sebagai Mahkamah Tinggi Khas Hadhanah dan Nafkah.

* Di peringkat Mahkamah Rendah Syariah, dua dewan diwujudkan iaitu Mahkamah Rendah Khas Perkahwinan dan Mahkamah Rendah Khas Nafkah.

* Mahkamah Khas 1 di peringkat Mahkamah Rendah Syariah mendengar dan memutuskan kes yang membabitkan isu perkahwinan, termasuk pembubaran perkahwinan.

* Mahkamah Khas 2 pula mengendalikan kes nafkah dan kes interlokutori yang timbul dari kes induk. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts