Mahkamah Persekutuan perintah kes murtad dibawa kepada Mahkamah Syariah

 

KUCHING – Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan empat individu yang mahu murtad membawa kes mereka ke Mahkamah Syariah.

Keputusan itu sekali gus menolak rayuan individu terbabit yang menyentuh persoalan sama ada Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai bidang kuasa berhubung kes murtad, ekoran tiada peruntukan sedemikian mengikut Ordinan Mahkamah Syariah 2001.

Panel lima hakim juga sebulat suara memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes murtad, sebaliknya hanya Mahkamah Syariah sahaja yang boleh berbuat demikian.

Berikutan itu, empat individu terbabit mesti mengemukakan permohonan murtad mereka untuk didengar Mahkamah Syariah. Empat individu terbabit tiada dalam mahkamah ketika keputusan dibacakan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts