Majlis Syura Ulama Pas sepakat pertahan Dr Zakir Naik

 

KUALA LUMPUR – Majlis Syura Ulama Pas sepakat mempertahankan pendakwah, Dr Zakir Naik daripada segala bentuk ancaman melibatkan keselamatan dirinya.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, Zakir Naik ialah seorang pendakwah Islam profesional yang berhujah secara ilmiah dan akademik menyampaikan Islam menerusi dialog perbandingan agama yang harus dipertahankan.

Hashim berkata, keputusan itu antara empat perkara penting berkaitan isu semasa dan dakwah Zakir Naik yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama Pas yang bersidang pada Sabtu.

Menurut laporan Harakahdaily, Hashim berkata, Pas mendukung kemakmuran hidup masyarakat majmuk dan keharmonian kaum dalam negara dan menegaskan kepentingan memeliharanya daripada sebarang ancaman oleh mana-mana pihak.

 

 

“Majlis Syura Ulama juga menegaskan bahawa kenyataan pimpinan DAP adalah punca kepada segala pertembungan antara kaum dan agama yang sedang berlaku dalam negara termasuk dalam isu Zakir Naik.

“Mereka juga membangkitkan isu-isu sensitif lain melibatkan Islam dan Melayu termasuk isu tulisan Jawi, penghinaan kepada Raja-raja Melayu, isu menghina tentera dan desakan oleh Menteri DAP untuk Zakir Naik diusir keluar dari negara ini,” katanya seperti dilapor portal tersebut.

Seterusnya, Majlis Syura Ulama turut mengutuk kegagalan Menteri Kewangan menangani isu ekonomi negara yang hingga menjejaskan rakyat berbilang kaum.

“DAP secara sengaja mencetuskan isu-isu lain yang sensitif semata-mata untuk menutup isu besar kegagalan ekonomi negara,” katanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Zakir Naik memang mangsa politik bangsa ultrakiasu DAP spesis zionis laknatullah.
    Semoga Allah melindungi ulamak Zakir Naik. Hidup dan terus hidup kebenaran yang anda laungkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts