Makkah benar buka puasa di masjid

 

RIYADH – Makkah membenarkan aktiviti berbuka puasa di masjid pada Ramadan bulan depan.

Perkara itu diumumkan jawatankuasa yang bertanggungjawab memberi bantuan dan bekalan makanan serta minuman melalui inisiatif Iftar Sayim hari ini. 

Sebelum ini permohonan itu ditangguhkan disebabkan penularan wabak COVID-19. 

Iftar Sayim secara amnya merujuk kepada amalan menyediakan juadah buka puasa kepada umat Islam. 

Antara juadah makanan yang biasa disediakan oleh pemilik restoran dan para keluarga adalah seperti kurma, minuman dan hidangan panas, yang kemudiannya diedarkan ke masjid. 

Sementara itu, masjid-masjid di seluruh negara mengambil bahagian dalam ibadah pada bulan Ramadan, khususnya di masjid suci di Makkah dan Madinah.

Di kawasan ini, tiada seorang  pengunjung muslim yang akan kelaparan sepanjang bulan Ramadan.  

Kakitangan masjid akan ditugaskan mengedarkan makanan kepada setiap pengunjung. 

Tahun ini, produk yang dibenarkan untuk diedarkan adalah terhad kepada makanan kering atau barang-barang yang telah dibungkus terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko pencemaran. 

Bagaimanapun, pihak yang ingin mengedarkan makanan panas boleh terus berbuat demikian di kawasan perumahan di kota Makkah. 

Selain itu, individu yang berminat untuk menyertai program ini boleh membuat permohonan di  laman web rasmi, http://sr-mkh.org.sa 

Penyertaan terbabit adalah digalakkan bagi membantu mengedarkan bakul makanan kepada keluarga Makkah yang kurang bernasib baik untuk bertahan sepanjang bulan mulia itu. -Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts