Maksud mengukuhkan konsep Malaysia Negara Islam

 

MENGUKUHKAN konsep Malaysia Negara Islam bermaksud antara lain:

1. Menjadikan rujukan tunggal bagi negara adalah al-Quran dan as-Sunnah tanpa kompromi dan berdolak-dalik. Bukan merujuk kepada konvensyen dan nilai antarabangsa seperti ICERD. Bukan juga berusaha memenuhi segala tuntutan rakyat muslim dan non muslim tanpa mengira kepatuhan tuntutan itu kepada al-Quran dan as-Sunnah atas dasar kononnya ketuanan rakyat adalah teras politik Islam.

2. Menjadikan kesolehan menurut piawai al-Quran (mereka membaca ayat-ayat Allah pada waktu malam, semasa mereka sujud mengerjakan sembahyang. mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara mungkar, dan mereka pula bersegera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. mereka yang demikian sifatnya adalah dari orang-orang yang soleh – Aali Imran: 113 – 114) sebagai syarat menjadi pembuat dasar, pemimpin dan pelaksana polisi-polisi dalam negara. Bukan bermudah-mudah mengangkat non muslim dengan alasan kononnya mereka mampu menjaga syariat walaupun tidak beriman dengan syariat.

3. Berusaha menjadikan sistem dan nilai Islam sebagai peraturan hidup muslim dan non muslim. Bukan menyusun muslim di bawah sistem dan nilai Islam (menjauhi arak, seks bebas, judi dan sebagainya), manakala non muslim dibiarkan terus subur dengan nilai hidup mereka (membiarkan mereka menganjurkan pesta arak, membanyakkan rumah urut, pusat judi dan sebagainya) atas dasar rahmatan lil alamin.

4. Mengukuhkan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan negara, dasar-dasar dan polisi-polisi sedia ada yang memelihara kedudukan Islam dan umat Islam. Bukan menafikan keislaman negara dan berlonggar dengan tekanan golongan yang memperjuangkan kesamarataan antara agama dan kaum serta mengisytiharkan Malaysia sebagai negara sekular.

5. Membimbing pendosa agar kembali kepada syariat Islam dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pendosa yang degil dan mempromosikan maksiat mereka. Bukan membela pendosa dan memberi ruang publisiti kepada mereka atas alasan kononnya mereka didiskriminasi oleh masyarakat.

6. Memelihara budaya Melayu Islam agar tetap kekal dalam keasliannya. Bukan mencampur dan membawa masuk budaya non muslim ke dalam masyarakat Islam atas nama silang budaya yang kononnya menjadi syarat keharmonian negara.

7. Memelihara segala khazanah dan sumber harta khusus umat Islam agar sentiasa berkembang subur dalam kelompok umat Islam demi mengukuhkan Islam. Bukan mereka-reka hujah agama agar harta khusus umat Islam (seperti zakat, wakaf umat Islam, kumpulan dana umat Islam dalam Tabung Haji dan seumpamanya) itu boleh dinikmati juga oleh non muslim.

Adakah konsep Malaysia Negara Rahmah juga memperjuangkan perkara yang sama?

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Naib Presiden ISMA

Tandatangan petisyen: http://bit.ly/malaysianegaraislam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts