Malaysia perlu iktiraf Hamas sebagai kerajaan rasmi Palestin

BANGI – Malaysia sewajarnya mengiktiraf Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sebagai kerajaan rasmi di Palestin.

Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman al-Hakim Mohamad berkata, tidak cukup sekadar menafikan Hamas sebagai kumpulan militan, kerajaan Malaysia perlu mengetuai langkah menjadikan kedudukan Hamas sebagai pihak rasmi yang mentadbir seluruh Palestin.

“Seluruh dunia mengetahui bahawa Hamas yang dipilih secara rasmi oleh rakyat Palestin telah digulingkan oleh negara haram, Israel, Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutu melalui peperangan dan sekatan ekonomi.

“Dalam pilihan raya 2006, Hamas memenangi 74 dari 132 kerusi yang dipertandingkan. Sedangkan Gerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah) hanya mampu memenangi 45 kerusi.

“Sejak 2006, tiada langsung pilihan raya diadakan di Palestin kerana Fatah, Israel dan AS mengetahui sokongan rakyat di sana tidak berbelah bahagi kepada Hamas,” katanya dalam kenyataan kepada Ismaweb.net, hari ini.

Berikutan itu, Muhammad Lukman berpandangan, sekiranya Malaysia mengiktiraf Fatah seperti mana-mana negara lain, ia jelas membuktikan pemimpin negara ini sedang mengiktiraf penggulingan kuasa.

Selain itu, tindakan tersebut menafikan pilihan raya sebagai alat sistem demokrasi yang diguna pakai di seluruh dunia.

“Mengiktiraf Fatah juga bermakna kerajaan Malaysia merelakan dan mengiktiraf pencerobohan kedaulatan negara oleh penjajah alaf baharu iaitu Israel dan AS yang bercanggah langsung dengan undang-undang antarabangsa,” tegasnya.

Muhammad Lukman berkata, tiada lagi yang boleh diharapkan daripada kerajaan Fatah yang bisu terhadap sejarah dunia selain tidak prihatin kepada nasib agama Islam.

Kerajaan bisu itu juga mengiktiraf pencerobohan negara yang berdaulat serta penggulingan kuasa kerajaan rasmi yang dipilih majoriti rakyat. – ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts