Malaysia & Rakan Serantau Anjur Misi Keamanan ke Myanmar untuk Bantu Pelarian Rohingya

DHAKA – Malaysia bersama beberapa negara serantau akan menghantar delegasi bersama ke Myanmar bagi mendesak keamanan serta menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya yang kini menghadapi kesukaran di Bangladesh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lepas.

Ketika ini, Bangladesh menampung lebih 1 juta pelarian Rohingya di kem daerah tenggara Cox’s Bazar yang menjadi penempatan pelarian terbesar di dunia.

Sumber foto : Berita Harian

Anwar membuat kenyataan itu semasa menerima lawatan Ketua Sementara Bangladesh, penerima Hadiah Nobel Keamanan, Muhammad Yunus, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi selama tiga hari.

“Keamanan di Myanmar merupakan keutamaan, selain memastikan bantuan kemanusiaan segera sampai kepada mereka yang menderita termasuk pelarian dan mangsa gempa bumi,” ujar Anwar dalam sidang media bersama Yunus.

Beliau memaklumkan bahawa Menteri Luar Malaysia akan mengetuai penyelarasan misi ke Myanmar yang dijadual berlangsung dalam beberapa minggu akan datang, dengan kerjasama menteri luar dari Indonesia, Filipina dan Thailand. Tahun ini, Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN.

“Kami prihatin terhadap beban besar yang ditanggung Bangladesh dalam menampung jumlah pelarian Rohingya yang begitu ramai,” kata Anwar.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), konflik yang semakin memuncak serta keganasan terancang terhadap etnik Rohingya yang merupakan minoriti Muslim di negeri Rakhine, dan Myanmar yang majoritinya beragama Buddha, telah memaksa sekitar 150,000 orang melarikan diri ke Bangladesh sejak 18 bulan lalu.

Sempena lawatan Yunus, Malaysia dan Bangladesh turut menandatangani lima perjanjian meliputi kerjasama pertahanan, bekalan dan pembangunan infrastruktur gas asli cecair (LNG), produk petroleum serta kemudahan berkaitan.

Sumber : Reuters

https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts