‘Malaysia Street’ di Gaza

KUALA LUMPUR: Sumbangan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin akhirnya diabadikan dan dijadikan ‘sebahagian’ daripada negara Asia Barat itu.

Sejak merintis pelbagai usaha perdamaian, desakan di peringkat antarabangsa, misi kemanusiaan dan solidariti, Palestin kini menzahirkan penghargaan dengan menamakan sebatang jalan berhampiran kota Gaza sebagai ‘Malaysia Street’,

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Palestin-Malaysia (PCOM), Muslim Imran, berkata pembinaan papan tanda yang tertera ‘Malaysia Street’ di laluan masuk itu diluluskan Majlis Perbandaran Gaza.

“Lokasi (jalan ini ialah) berdepan Bulatan Ansar, barat kota Gaza,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Sambil memuat naik gambar yang menyaksikan tiga lelaki sedang giat melakukan kerja pembinaan, papan tanda berwarna itu antara lain tertera penjelasan di sebalik keputusan nama jalan terbabit.

Menurut terjemahan bahasa Arab pada papan tanda itu, Malaysia mempunyai peranan penting dalam membantu perjuangan rakyat Palestin, dengan berterusan mendesak supaya menghentikan penjajahan Israel dan memperuntukkan semua hak sewajarnya kepada rakyat Palestin.

Malaysia sebagai negara yang bebas daripada belenggu penjajah British pada 31 Ogos 1957 juga menolak sebarang bentuk normalisasi menerusi tindakan penjajahan yang didalangi Israel. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts