Mana suara pemimpin, menteri ketika Melayu, Islam dihina: Mufti Perlis

 

KANGAR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin membidas sesetengah pemimpin termasuk dalam kalangan menteri berbangsa Melayu yang mengambil sikap mengunci mulut ketika Melayu dan Islam dihina namun boleh pula bertegas dalam isu pendakwah kontroversi, Dr. Zakir Naik.

Katanya, begitu juga ketika warga tentera dihina sebagai hanya tahu tidur dan makan, namun menteri berkaitan sehingga hari ini senyap sepi.

“Ada orang kata tentera makan dan tidur sahaja, begitu tidak patriotik. Yang lebih saya kagum menteri berkaitan tak kata apa, senyap sahaja.

“Malah ketika hak kita dipertikai, Islam dihina, tidak ada pula menteri-menteri Melayu muda yang baru jadi menteri ini sentuh apa-apa. Tapi bila (Dr.) Zakir yang menyentuh sikit mengenai (Cina sebagai tetamu) meskipun di luar konteks, mereka terus meminta Zakir keluar dari negara ini,” katanya dalam ceramah mingguannya di sini, malam tadi.

 

 

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas Zakir yang dikatakan telah memberikan kenyataan pedas terhadap kaum Cina di Malaysia sebagai respons balas atas gesaan pengkritiknya supaya beliau keluar dari negara ini

“Kekuatan Malaysia adalah terletak kepada kesatuan rakyatnya. Cukuplah perlekehkan kesatuan dan kesetiaan kita. Saya kenal ramai orang Cina dan India yang sanggup mati pertahankan negara tercinta kita,” jelas Syed Saddiq.

Tambah Mohd. Asri, beliau secara peribadi juga memaklumkan bahawa tidak sesuai Zakir mengeluarkan kenyataan tersebut meskipun ia dipetik di luar konteks namun janganlah sehingga mahu pendakwah itu diusir keluar dari negara ini.

“Kalau kata perkataan (kenyataan Zakir) tidak sesuai, saya boleh terima, tetapi tidak perlu sampai dihalau keluar,” katanya. – Utusan Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
2 comments
  1. Bukan ke hari tu tuan mufti jugak ke yg kempen suruh tukar kerajaan. Ramai rakyat yg ikut seruan tuan. Ke dah lupa? Kalau lupa, tuan boleh rujuk semula video2 ceramah dan soal jawab tuan sebelum PRU.

    1. c’mon the change is good we must admit. the fault is with the respective ruling parties. how could one tell on their behaviour. no change we all will be in deep shit. At least with the grace of Allah almighty we now know whose who are with us and against us. and for that we can strategise better in the next election.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts