Manakah sekular yang lebih asli; ‘Laicite’ Perancis atau ‘In God We Trust’ Amerika?

 

 

1. PERANCIS terkenal dengan Revolusi Perancis 1789 yang meruntuhkan istana dan gereja lalu mendirikan negara atas asas baru iaitu pengasingan negara dari agama secara mutlak. Konsep yang dikenali sebagai ‘laicite’ atau bahasa mudah yang difahami ramai ‘sekularisme’ adalah konsep yang menjadi teras negara hingga kini. Dipraktikkan dalam bentuk yang paling ekstrim sehinggakan apa-apa juga simbol agama tidak dibenarkan dipamerkan di khalayak awam … dan bertudung bagi seorang muslimah adalah simbol agama di Perancis.

2. Dengan itu, Perancis sering dianggap sebagai negara sekular asli dan jika ingin melihat wajah sebenar sekular, lihatlah ke Perancis menurut pandangan sebahagian pengkaji. Kes terbaru yang berlaku di Perancis menguatkan lagi persepsi tersebut.

3. Di masa yang sama, banyak negara lain di Barat yang mengambil pendekatan lain di dalam praktik fahaman sekular mereka. Amerika contohnya, mewajibkan ahli Kongres mengangkat sumpah menggunakan Bible. Jadi adakah Amerika membenarkan praktik agama dalam negara yang sekular itu? Ataupun adakah Amerika sebenanya tidak sekular?

4. Barat selepas revolusi, menolak agama secara mutlak. Itu sebenarnya konsisten hingga ke hari ini. Perancis, UK, Amerika dan lain-lain serupa sahaja dalam prinsip pengasingan agama dari negara ini. Tetapi manusia tetap mahu beragama, lalu sebahagian mengecilkan skop praktik agama dalam bentuk apa yang dipanggil sebagai ‘agama orang awam’. Muncul dalam simbol, muncul dalam ritual … itu dibenarkan. Tetapi meletakkan agama di atas segala sistem dalam negara, itu tidak sama sekali.

5. Dari situ kita boleh fahami, apa yang berlaku di Amerika sebenarnya adalah sekularisme dalam bentuknya yang tersendiri. Dalam apa juga keadaan, agama tetap tidak ada tempat dalam pembuatan polisi negara. Kalau tak percaya, cubalah daftarkan satu parti yang membawa konsep dan falsafah agama, lihat adakah Amerika akan benarkan penubuhannya.

6. Falsafah dan konsep sejati Amerika adalah ‘e pluribus unum’ iaitu ‘out of many, one’. Ia adalah slogan yang bermaksud hapuskan semua agama dan fahaman dan hanya menjadi satu sahaja. Dan satu itu adalah penolakan agama. Itulah slogan Amerika bermula dari 1776. Bila Amerika secara rasmi pula menggunakan slogan ‘in god we trust’ pada 1956, ia tidak boleh dilihat sebagai menghapuskan slogan ‘e pluribus unum’ itu. Bahkan sebahagian pengkaji mengatakan itu hanyalah tektik Amerika untuk mengekang pengaruh komunis di zaman itu sahaja. Tetapi penolakan agama tetap sama seperti mana yang kita boleh saksikan dalam segala dasar dalam dan luar negara Amerika dari dulu hingga hari ini.

7. Kesimpulannya … manakah sebenarnya sekular asli; Amerika atau Perancis? Ulamak pernah mengatakan: ‘al-kufru millatun wahidah’ yang bermaksud kufur itu adalah agama yang satu.

Wallahu a’lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts