BANDAR GAZA – Syarikat teknologi Meta telah memadam akaun Instagram rasmi wartawan dan aktivis terkenal Gaza, Saleh al-Jafarawi, selepas beliau meninggal dunia dalam satu serangan kelmarin, lapor Drop Site News.
Akaun Instagram milik Saleh, yang mempunyai lebih 4.5 juta pengikut, dilaporkan hilang secara misteri ketika dicari semalam.
Walaupun punca dan sebab pemadaman itu belum dapat dipastikan, tindakan tersebut menimbulkan kebimbangan global mengenai usaha pemadaman digital yang semakin meningkat terhadap dokumentasi rakyat Palestin.
Saleh sebelum ini dikenali luas di media sosial kerana laporannya yang berani tentang perang genosid di Gaza, dan beliau juga beberapa kali menjadi mangsa penapisan akaun sebelum akhirnya dipadam sepenuhnya.
Allahyarham dilaporkan terbunuh kelmarin oleh kumpulan bersenjata yang dipercayai bekerjasama dengan Israel.
Sumber: Berita Kosmo
📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam