Misteri lupus ayat al-Quran

SEGAMAT: Pelbagai perkara ‘misteri’ dilalui pasangan suami isteri ketika melupuskan al-Quran yang sudah usang mengikut syariat Islam di pusat pelupusan naskhah ayat suci itu di sini, sejak beberapa bulan lalu.

Sukarelawan, Jaafar Maskor, 64 berkata, beliau bersama isterinya, Aishah Kassim, 63, melaksanakan kerja amal itu di Masjid Taman Yayasan, selepas bersara daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Bapa kepada tiga anak itu ketika membuat kerja pelupusan pembakaran di mesin khas di sekitar masjid berkenaan berkata, beliau mendapati sisa abu al-Quran itu berwarna putih amat bersih juga tidak pernah berbau busuk.

Beliau mendakwa, isterinya turut mengalami pengalaman terhidu haruman tiap kali memasukkan ayat suci yang usang untuk proses pelupusan.

“Kami juga pernah berdepan pengalaman ketika melakukan proses pelupusan tiba-tiba hujan panas di sebalik cuaca terang membuktikan al-Quran bukan bahan bacaan biasa-biasa.

“Kami juga pernah didatangi kumpulan individu dipercayai pengamal ilmu sihir dan mendakwa badannya terasa panas sebaik menyentuh sisa abu ayat suci tersebut, sebelum segera beredar dari lokasi pusat pelupusan berkenaan.

“Ini menjadikan kami menjadi lebih dekat kepada al-Quran walau pun yang sudah lama dan usang untuk dilupuskan namun ‘rohnya’ tetap kekal. Kami bersama sukarelawan lain juga harus mahir dalam tertib urusan pelupusan al-Quran antaranya sentiasa dalam wuduk selain wanita dalam haid tidak dibenarkan menyertainya dan ia seharusnya memberi semangat kepada generasi pelapis turut mempelajarinya,” katanya ketika ditemui, di pusat pelupusan al-Quran di Masjid Taman Yayasan di sini, semalam.

Beliau berkata, pusat pelupusan itu hanya beroperasi jika ada keperluan dan pihak Koperasi Masjid Taman Yayasan Sdn Bhd hanya mengenakan cas bayaran RM1 bagi tiap kilogram (kg) ayat suci usang bagi menampung kos utiliti dan selenggara mesin pelupusan,” katanya.

“Sesiapa saja yang mahu melupuskan al-Quran lama mereka boleh menghantarnya ke pusat ini.Mula beroperasi sejak 4 September 2018, lalu, turut dibantu 20 sukarelawan lainnya.

Jaafar berkata, masyarakat Islam sukar melupuskan al-Quran yang sudah lama dan usang kerana ia bukan perkara yang boleh dibuat main-main yang akhirnya menyebabkan kitab bacaan berkenaan memenuhi ruang rumah.

“Setiap minggu, saya menerima kira-kira 10 hingga 20 kg untuk dilupuskan namun pasca banjir ini sehingga melebihi satu tan,” katanya yang juga Setiausaha Koperasi Masjid Taman Yayasan Sdn Bhd. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts