home Semasa Mufti Baitulmaqdis gesa campur tangan negara Arab, Islam lindung Al-Aqsa

Mufti Baitulmaqdis gesa campur tangan negara Arab, Islam lindung Al-Aqsa

 

BAITULMAQDIS – Negara-negara Arab dan Islam digesa untuk campur tangan terhadap pelanggaran rejim pengganas Israel ke atas Masjid Al-Aqsa, lapor Pusat Maklumat Palestin.

Gesaan itu disuarakan oleh Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Muhammad Hussein yang juga khatib Masjid Al-Aqsa dalam satu kenyataan. 

Sheikh Muhammad berkata, pihak berkuasa Israel sengaja mencabut pintu menara masjid, memotong wayar pembesar suara untuk menghalang laungan azan.

Bahkan, rejim berkenaan turut bertindak merampas makanan berbuka puasa, selain mengancam akan menyerbu masjid itu pada minggu terakhir Ramadan. 

Bercakap mengenai ancaman yang disebut ‘kumpulan kuil’ untuk menyerbu Masjid Al-Aqsa pada hari terakhir Ramadan, Sheikh Muhammad berkata: “Masjid akan tetap menjadi penghalang yang tidak boleh ditembusi oleh sesiapa yang berusaha mencemarkannya.” 

Pada masa sama, beliau turut meminta penduduk Palestin merancakkan kehadiran mereka ke Masjid Al-Aqsa bagi menangkis serangan puak pengganas itu. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *