Mufti Pulau Pinang gesa masyarakat salur bantuan kepada rakyat Syria

 

GEORGETOWN – Masyarakat Islam di negara ini digesa untuk terus menghulurkan bantuan kepada rakyat Syria yang amat memerlukan pertolongan.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, kerajaan Malaysia dan semua lapisan masyarakat Islam mahupun bukan Islam boleh menghulurkan bantuan melalui pelbagai agensi dan pertubuhan berdaftar.

“Bantuan boleh disalurkan menerusi pertubuhan sukarela seperti Aman Palestin, Global Peace, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan sebagainya.

“Sikap mendiamkan diri dalam isu sebegini mungkin disalah anggap oleh sesetengah orang dengan beranggapan kita tidak mempunyai kepekaan terhadap nasib malang yang menimpa saudara seagama,” katanya dipetik Sinar Harian, hari ini.

Mengulas mengenai isu ‘perang saudara’ di Syria, katanya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Ini kerana, pelbagai aspek yang perlu diambil kira untuk memahaminya secara tepat.

“Campur tangan pihak-pihak asing terutama Amerika Syarikat, Rusia, Iran dan Arab Saudi, sama ada secara langsung atau menerusi proksi masing-masing hanya menambahkan kekusutan dan kecelaruan situasi di negara berkenaan.

“Saya berpendapat Majlis Keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu segera bersidang untuk mendesak negara kuasa besar mengundurkan tentera masing-masing.

Selain itu, beliau juga mahu PBB mendesak Presiden Bashar Al-Asad mengadakan pungutan suara bebas dalam kadar segera di bawah pengawasan dan pemantawan suruhanjaya bebas yang dibentuk oleh pihak PBB sendiri.

“Dari situ kesemua pihak yang terlibat mestilah menghormati kehendak rakyat Syria,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts