MUIS gesa tolak pemimpin ada kaitan pengganas

 

BANGI – Semua parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam negara ini digesa supaya menyaring dan memastikan ahli-ahli mereka bebas daripada fahaman ekstremis.

Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS), Sahibus Samahah Ustaz Haji Zamri Hashim juga menasihatkan supaya setiap ahli dipastikan tidak menerima dana asing serta mengagung-agungkan tokoh ekstremis luar.

“Rakyat hendaklah menolak daripada melantik pemimpin-pemimpin yang terbabit dengan gerakan-gerakan ekstremis dan menjalin hubungan dengan pihak pengganas negara luar.

“Semua pihak hendaklah menghayati Rukun Negara dan patuh kepada Perlembagaan negara,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

 

 

Mengulas penangkapan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti dominan dalam kerajaan Malaysia, DAP semalam, Ustaz Zamri berkata, ini membuktikan bahawa pengganas bukan hanya dari kalangan umat Islam sahaja seperti yang sering dilabel dunia Barat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, dalam sidang media semalam mengesahkan penahanan tujuh individu termasuk dua ADUN dari Melaka dan Negeri Sembilan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Penahanan kesemua mereka dibuat dalam operasi polis cawangan khas Bukit Aman di Melaka, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan bermula jam 9.00 pagi, semalam.

Kesemua suspek berkaitan LTTE ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selama 28 hari. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts